Monday, 2 January 2017

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


NAMA PELAJAR
NO PENDAFTARAN
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD NAZRI
02DAD16F1003
MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD IDI
02DAD16F1026
MUHAMMAD IDHAM BIN SUJALI
02DAD16F1045
AHMAD FAROUQ BIN AHMAD HESAMUUDIN
02DAD16F1091
MOHAMAD ZULKARNAIN BIN ROSMADI
02DAD16F1093
AHMAD FAUDZAN BIN NURUL HISAM
02DAD16F1099
ANAS SALIM BIN AYOUB
02DAD16F1108
MOHAMAD IRDANIEL HASREE BIN MOHD KAMAL
02DAD16F1114
MUHAMMAD RAZIQREE BIN RUSLAN
02DAD16F1116


                      
1.0 PENGENALAN
Tradisi islam adalah untok melahirkan para sainstis berteknologi Muslim yang beriman dan berakhlak . Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan prinsip logos dan mitos. Logos ialah satu penemuaan yang paling ampuh hasil daripada eksperimen, manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara dan konkrit

1.1    DEFINISI
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam islam. Dalam bidang sains, sains ialah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabii dan perjalanannya melalui pengamatan,hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains ialah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengerti


1.1.1           SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1)     Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science.Dalam bahasa Latin,perkataan ini dikenali sebagai scio,scire atau scienta yang bermaksud pengetahuan.
2)     Berdasarkan Encarta Encyclopedia, sains ialah “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience”.
3)     Sains menurut English Oxford Dictionary  ialah suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem serta dihimpun dalam bentuk-bentuk hukum-hukum umum .
4)     Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif
5)     Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (analisis dengan menggunakan panca indera)serta fahaman yang lahir daripadanya
6)     Sains adalah satu huraian sacara sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur(kuantitatif)
7)     Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,emosi dan perkara-perkara agama
8)     Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:-
1)     Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2)     Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuteraan )
3)     Sains Sosial (Tabiat Manusia)


1.1.1           SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

Sains islam berasakan wahyu dan akal. Bidang ini menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada Allah SWT tanpa batasan, sedangkan akal ialah perkara yang terbatas.

Sains dalam Islam:
1)berkonsepkan tauhid yang mematuhi prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah SWT melalui rasul-Nya.

2)Merupakan satu maklumat atau fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu dan tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran

3)Menggabungkan unsur-unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan ilmu naqli serta ilmu intelek dan ilmu wahyu.


SAINS PROPAEDEUTIK
Melibatkan kemahiran seperti membeca, menulis, ilmu pengetahuan,timbangan, pertanian, biografi dan sejarah

SAINS SYARIAH
# Sains : Bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini
#contoh : Ilmu tajwid hadis,hadis, syariah, dan lain-lain.

SAINS FALSAFAH
# Merangkumi 4 bahagian utama.
# Merangkumi bidang Matematik Propaedeutik, Logik, Sains dan       Matematik Tabii

1.1.2           TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
·         TEKNOLOGI  ialah satu gunaan berkaitan ilmu sains yang digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuaan yang praktikal.Secara etimologinya, teknologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu techne  dan logos .
·         Techne  ialah seni (art), kerja tangan atau keterampilan. Disesuaikan dengan maksud kemahiran teknik atau kerja tangan.
·         Logos  bermaksud wacan atau kata-kata sistematis

Tuntasnya, teknologi ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap suatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian .

Dari segi istilah,teknologi ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem yang merujuk kepada industri. Oleh itu, telnologi boleh didefinisikan sebagai ilmu berbentuk praktikel atau teknikal yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat ke atas alam tabii.


TEKNOLOGI BOLEH DIRUJUK KEPADA KEADAAN 

A) Penggunaan berbagai-bagai kaedah dan teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang    dihasilakn melalui rekaan sain untuk menyelesaikan masalah 

B) Teknik-teknik yang meliputi kaedah , bahan-bahan,proses-proses,peralatan untuk menyelesaikan masalah


C) Penggunaan pelbagai sumber seperti pengetahuan, kemahiran,proses,teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.




1.1.1           TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
   Teknologi dalam islam ialah cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan Tauhid kepada ALLAH SWT, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah ALLAH SWT untuk menggunakan alam tabii dengan baik.

   Dalam sejarah sains Islam , teknologi ialah istilah sina’ah  (صناعة) yang bermaksud ilmu gunaan. Ilmu gunaan merupakan Teknologi dalam Islam bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Tujuan tersebut adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat tanpa mengandungi unsur-unsur kerosakan serta tidak terkeluar daripada etika dan prinsip-prinsip dalam Islam.


TEKNOLOGI INI MERUJUK KEPADA DUA KEMAHIRAN

Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran

Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan 



1.1.1           KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA
  Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia dengan menggabungkan pengetahuan, matematik dan pengalaman untuk membentuk serta mereka cipta sesuatu objek atau proses.

  Dalam kata lain, kejuruteraan adalah satu disiplin, seni, kemahian, kerjaya, dan teknologi yang menggunakan kaedah saintifik, ekonomi, matematik, sosial, dan ilmu amali bagi mereka membentuk serta membina struktur, mesin, peralatan, sistem, bhana dan prosesnya. Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.

  Kejuruteraan ialah satu bidang yang memerlukan kepakaran yang dipersembahkan melalui amalan sains gunaan, matematik, fizik dan sains sosial. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera. Kejuruteraan juga membawa maksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.

Kejuruteraan boleh dilihat dalam beberapa aspek :

1) Kejuruteraan awam
2) Kejuruteraan mekanikal
3) Kejuruteraan aeroangkasa
4) Kejuruteraan aeronatik
5) Kejuruteraan elektronik
6) Kejuruteraan bahan
7) Kejuruteraan robotik
8) Kejuruteraan elektrik

1.1.6 KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

·         Kejuruteraan ialah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia.

·         Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secara lebih berkesan .

1.2    CIRI-CIRI SAINS ISLAM

KEAGAMAAN 
SAINTIFIK
UNIVERSAL
BERSEPADU
HARMONI

                      
1.1.1           KEAGAMAAN
Ciri pertama ini menuntut bidang sains Islam menerima wahyu sebagai sumber utama penyuburan dan pengembangan ilmu. Setiap kajian ke atas sains adalah berpaksikan wahyu dan analisis akal manusia. Kaedah, teknik serta proses penyelidikan yang melibatkan sains tabii adalah berteraskan petunjuk-petunjuk al-quran dan hadis

 Nilai-nilai baik atau buruk dan pahal atau dosa merupakan asas utama sains yang berfungsi dalam kehidupan manusia. Hukum sebab-musabab dan penyelidikan sebagai satu ibadat merupakan destini terakhir kajian sains untuk mencari kebesaran ALLAH SWT.

Sains dalam Islam terikat dengan batasan hukum dan etika Islam. Saintis dan teknokrat yang berjaya ialah mereka yang mematuhi segala suruhan, meninggalkan laragan serta menyeru kepada kebaikan. Oleh yang demikian, segala penghasilan dan dpatan kajian yang melibatkan produk atau kaedah yang mereka hasilkan hendaklah menyumbang kepad sesuatu yang boleh meninggalkan segala laragan dan memperkasakan amalan kebaikan yang dianjurkan Islam. Hal ini nenunjukan bahawa saintis dan gologan teknokrat yang baik adalah mereka yang beriman kepada ALLAH SWT  dan berupaya untuk masyarakat kepada ALLAH.

1.1.2           SAINTIFIK
Sains dalam islam menggunakan kaedah emprikal yang diperkenalkan oleh saintis Islam sejak abad ke-7 M. Dengan adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal dan telah diuji di dalam makmal, maka kaedah-kaedah sistematik dapat diwujudkan. Pendekatan yang saintifik berasaskan roh keilmuan Islam telah melahirkan para saintis (berstatus maha guru)dalam bidang-bidang yang pelbagai.

1.1.3           UNIVERSAL
Sains islam adalah bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilakan oleh Muslim semata-mata, malah bukam Muslim. Tiada batasan demografi dan geografi dalam bidang kajian sains. Sesiapa sahaja yang mampu menghasilkan sesuatu kebaikan dan mendatangkan kemanfaat kepada alam, maka dialah yang layak digelar saintis Islam. Bidang kajian sains juga tidak mengenal batasan tajuk dan arena.

1.1.4           BERSEPADU
Tiada istilah pemisahan antara ilmu sains atau bukan sains. Tuntutan kepada mempelajari dan menggunakannya adalah tertakluk kepada fardhu ain atau fardhu kifayah. Setiap kajian atau operasi dalam Sains Islam mengambil kira sifatnya yang menyeluruh dan saling berkait. Kajian fizikal adalah berhubung terus dengan kajian metafizikal. Elemen ketuhanan tidak boleh dipisahkan dengan elemen- elemen yang nyata dan sahih. Kesmua aktiviti sains tertakluk kepada sudut pandangan yang bersepadu dan saling berhubungan.

1.1.5           HARMONI
Harmoni bermaksud tiada percanggahan antara sains dan agama. Agama terpakai untuk menyelaraskan segala aktiviti kajian., penyelidikan dan tadbir urus hidup manusia. Sains pula berfungsi sebagai mekanisme untok mengeksplorasi dan membongkar rahsia alam fizikal dan metafizikal. Perkaitan antara dua perkara yang berlawanan hendaklah bergerak secara harmoni.
Sesuatu itu tidak dinamakan Sains Islam apabila kepentingan dunia dipinggirkan semata-mata ingin mencapai kebahagian di akhirat. Dalam hal ini untok mencari kebahagiaan dan kepentingan dunia, kita tidak seharusnya meninggalkan dan meminggirkan urusan dan kepentingan akhirat, begitu juga sebaliknya.

1.2    PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Peranan utama Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam adalah untuk mentadbir urus kehidupan manusia dengan cara yang paling terbaik dan memberi impak duniawi serta ukhrawi .
1.      Membantu manusia mengenali ALLAH SWT sebagai pencipta

·         Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakan manusia berfikir, meneyelidik dan menkaji alam. Penyelidikkan islam adalah berasaskan wahyu ALLAH SWT dan membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan, iaitu dengan menunjukan tanda-tanda kekuasaan-Nya.
·        
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya malam dan siang tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal”
 (Surah Ali ‘imran 3:190)
Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kesabaran Pencipta. Firman ALLAH SWT dalam surah  Ali ‘Imran :



·         Islam menetapkan bahawa sebarang perkara yang melibatkan kajian sains
hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat
·         Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada ALLAH SWT dan sebaliknya
·         Teknologi dan kejuruteraan islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan ALLAH SWT melalui kecanggihan sesuatu ciptaan manusia


1.       Membantu manusia supaya bertafakur
·         Penyelidikan sains teknologi dalam Islam memebawa sesorang kepada sifat-sifat tafakur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal
·         Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran ALLAH SWT seperti yang dijelaskan dalam surah  al –Baqarah :



Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang,bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang ALLAH turunkan daripada langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya) dan Dia sebarkan di bumi itu  segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran ALLAH) bagi kaum yang memikirkan”
(Surah al-Baqarah 2:164)


2.      Membantu pelaksanaan syariat:
·      Kajian sains dan teknologi dalam islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar sekiranya masyarakat Islam membangunkan satu peraturan dalam perhubungan antara satu sama lain.
·       Kepentingan untuk mengatur bebrapa hubungan ini boleh dilihat melalui hubungan manusia dengan ALLAH SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.


3.      Menentukan dan membuat ramalan tentang sesuatu perkara:

·         Melalui hasil kajian sains, manusia dapat menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan, Sabda Rasulullah saw :

Jangan kalian berpuasa sampai kalian melihat hilal, dan jangan berbuka sampai melihatnya lagi, jika bulan tersebut tertutup awan, maka sempurnakanlah bulan tersebu  sampai tiga-puluh hari”
(HR Muslim)
 


·         Manusia juga dapat menggunakan akal dan pengetahuannya untuk meramal perubahan cuaca.

  
4.      Membugar  budaya berkarya dan berinovasi :
·         Dengan mengkaji alam dan sains teknologi, secara tidak langsung manusia dapat menghasilkan suatu kerjaya dan mencipta sesuatu melalui kajiannya.

5.      Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan :
·         Penciptaan sains dan teknologi secara tidak langsung memenuhi keperluan asasi manusia
·         Kehidupan manusia menjadi lebih selesa serta dapat memnuhi keperluan dharuriyat  dan hajiyat  manusia itu sendiri


1.4   IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Kemajuan teknologi ini merupakan sebahgian daripada matlamatdan kepentingan hidup seseorang yang dapat memperkukuhkan keimanannya kepada ALLAH SWT. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangt penting ,terutama pada dunia hari ini.


1.4.1           IMPAK PENGABAIAN SAIN DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM 

1.4.1            

Bidang
Huraian
Bidang Sosial
·         Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.
·         Umat Islam akan dipandang hina dan diperkotak-katikan oleh bangsa beragama lain.  
Bidang Ekonomi
·         Umat Islam bergantung pada kuasa  asing.
·         Kebanyakkan pengusaan bidang ekonomi dan teknologi akan didominasikan oleh bangsa asing.
Bidang Politik
·         Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.
·         Umat Islam menjadi masyarakat tidak berdikari untuk memimpin negaranya sendiri.
Bidang Pendidikan
·         Penerapan dan pelaksaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah daripada nilai-nilai agama yang sebenar.
·         Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.
·         Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.
Bidang Sains,Teknologi , dan Kejuruteraan
·         Umat islam bergantung pada sains dan teknologi barat yang akan menimbulkan masalah kepada umat islam sendiri.
·         Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi Barat sendiri
·         Umat islam semakin mundur dan malas untuk mencipta teknologi baharu yang boleh digunakan oleh umat sejagat.

 1.4   KEBAIKKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM

Sains dan teknologi menyumbang kepada pembanggunan peradaban tamadun manusia. Sains dan teknologi konvensional adalah sekular dan terbukti mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar,sistem ekonomi dan sosial

Dalam menjelaskan kebaikan dan keburukan sains dan teknologi ini, tiga isu besar akibat pembangunan adalah pencemaran alam sekitar dan pemanasan global, kegawatan ekonomi yang diakibatkan oleh manipulasi dan spekulasi sistem perbankan dan kewanggan serta gejala sosial yang keterlaluan

Kebaikan dan keburukan adalah dua elemen yang ada dalam apa-apa jua kerja yang dilakukan. Sains dan teknologi akan menjadi baik dan bermanfaat atau buruk dan merosakkan adalah bergantung paada cara penggunaannya sama ada secara bestari dan patuh syariat atau sebaliknya.


Bidang /aspek
Kebaikan
Keburukan
Pertahanan
·         Mampu melindungi negara daripada serangan musuh
·         Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar
·         Menyebab berlaku rusuhan
·         Menyebabkan perebutan kuasa
Teknologi maklumat
·         Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah
·         Jalan dakwah terbuka luas
·         Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain
·         Generasi muda yang mudah terpengaruh dengan kelebihan teknologi
·         Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni
·         Berlakunya pencerobohan maklumat (penggodaman)
·         Pengubahsuaikan terhadap sesuata fakta atau gambar akan berlaku
·         Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja
Bio-teknologi
·         Mampu menghasilkan makanan yang diubah suai genetiknya
·         Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi
·         Membantu meningkatkan produktiviti 
·         Membantu dalam penghsailan baka,benih dan racundalam sektor pertanian
·         Sumber genetik yang digunakan mengubah suai makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak
·         GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia
Pengklonan
·         Memeberi pengetahuan baharu kepada manusia
·         Disalahgunakan oleh pihak tertentu
·         Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi dan melanggar ciptaan ALLAH SWT
Perbubatan (Sistem Cell  )
·         Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit
·         Penggunaan embryonic stem cell bakal disalahgunakan untuk pengklonan manusia
Teknologi laser
·         Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian
·         Maklumat yang dihantar lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data
·         Penyelewengan penggunaan akan berlaku
·         Mudah diubah suai oleh golongan yang mahir dan pakar

1.5   PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Para sarjana islam telah mempelopori kebanyakan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan, penerokaan, inovasi dan hasil metod yang terkini

1.5.1           KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DAN KAITKANNYA DENGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serat contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam al-Quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peritiwa tersebut dinyatakan di dalam al-Quran seperti berikut:

1)     Menjadi contoh dan teladan.
Kisah para nabi dalm al-Quran bukan sekadar paparan, sebaliknya mengajak manusia berfikir tentang pengalaman lalu sebagai teladan kepada generasi akan datang. Firman ALLAH SWT dalam surah Yusuf  

Maksudnya :
“Sesungguhnya pada kasih-kasih mereka terdapat pengajaran bagi orang yang berakal (kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran ) bukanlah cerita-cerita yang diadakan, tetapi mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu)beriman.
(Surah Yusuf  12:111)

 



2)     Mengsahkan kebenaran al-Quran
Umat manusia kini sering memerlukan bukti terhadap kebenaran sesuatu perkara. Maka, segala kisah yang diceritakan di dalam al-Quran bertujuan mengesahkan bahawa al-Quran ialah kitab yang diwahyukan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup manusia.

3)     Satu kaedah untuk manusia berfikir
Kisah dan peristiwa yang berlaku dan diceritakan dalam al-Quran adalah untok mendidik manusia. Bermula dengan daya fikir dan disusuli dengan kefahaman maka manusia akan menganalisis setiap episod dalam sejarah sebagai bahan berfikir yang berstatuskan tindakkan berimpak dan membina motivasi manusia.

4)     Untuk membenarkan janji baik dan buruk ALLAH SWT
Jatuh bangun serta berjaya atau gagalnya sesuatu perkara merupakan sebuah janji yang ditepati ALLAH SWT. Amalan buruk dibalas dengan azab, manakala amalan yang baik dijanjikan dengan ganjaran pahala dan balasan yang baik. Firman ALLAH SWT  dalam surah al-Nisa’ :


Maksudnya :
Kebaikan apa pun yang kamu peroleh adalah daripada sisi ALLAH dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu daripada (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutuskan (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah ALLAH menjadi saksi.
(Surah al-Nisa’ 4:79)
 



1.6.2 SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI

KISAH NABI ADAM A.S

Maksudnya:
“dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunaanya, kemudian dipaparkan kepada malaikat lalu berfirman : Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”
(surah al-baqarah 2 : 31)

KISAH NABI IDRIS A.S
Nabi Idris ialah keturunan ke-6 Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit. Bahkan, Nabi Idris jugalah yang menjadi orang pertama menggunakan kulit sebagai pakaian.

KISAH NABI NUH A.S
Nabi Nuh a.s ialah nabi keempat selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.. Baginda menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya. Akibat keingkaran kaumnya, ALLAH SWT telah memerintahkan Nabi Nuh a.s. un tuk membena kapal bagi menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak. Baginda juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.

KISAH NABI IBRAHIM  A.S.
Baginda ialah putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang. Nabi Ibrahim a.s. juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit. Firman ALLAH SWT dalam surah al-An’am :
Maksudnya:
“dan demikianlah kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supa menjadilah ia daripada orang- orang yang penuh yakin.
(surah al-An’am  6: 75)
 




                                     

KISAH NABI DAUD A.S.
Daud bin Yisya ialah keturunan ke-13 daripada Nabi Ibrahim a.s. yang tinggal di Baitul al-Laham. ALLAH SWT mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu kepada Nabi Daud a.s.
“Maksudnya:
“Dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memelihara kamu dalam peperangan ; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada ALLAH).
(Surah al-Anbiya’ 21 :80)

Antara kepakaran Nabi Daud a.s ialah teknologi dalam pembuatan baju besi. ALLAH mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk peperangan. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Anbia’ :




KISAH NABI SULAIMAN A.S.
ALLAH SWT mengurniakan kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu dapat memahami smua bahasa termasuklah bahasa haiwan. Beliau juga merupakan seorang nabi yang mempunyai sebuah kerajaan yang luas pemerintahannya meliputi mahkluk jin. ALLAH SWT memudahkan golongan itu berkerja dengan baginda.

1.6.3   TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU

Kaum terdahulu
Pencapaian Teknologi
Balasan Kealpaan
Kaum’ Ad (Kaum Nabi Hud)
·         Pakar dalam membina banggunan yang tinggi-tinggi tiangnya.
·         Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi pemerintahannya
·         ALLAH SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar kepada perintah-Nya.
·         ALLAH membinasakan mereke dan bangunan yang tinggi- dengan ribut kencang
Kaum Thamud (Kaum Nabi Soleh)
·         Kepakaran dalam memahat batu-batu besar yang dapat dilihat di lembah
·         Mereke telah dibinasakan oleh ALLAH SWT dengan satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi
·         Mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dasyat
Teknologi Firaun
·         Kepakaran pada masa itu adalah mengusai bangunan-bangunan kukuh
·         Negeri mereka dibinasakan
·         Kaum ini telah ditenggelamkan oleh ALLAH SWT akibat kesembongan dan keingkaran mereka


1.6.4   SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN RASULLUH SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM



Kronologi Zaman

Pencapaian
Zaman Rasullah SAW
·         Meletakkan asas dalam sains dan teknologi berdasarkan suluhan syariat
·         Sains yang berdsarkan ayat-ayat  al-Quran dan hadis
·         Rasullulah SAW sering mengubati penyakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran
·         Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah
·         Menuntut manusia mengkaji tentang manusia,haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain
Zaman Khulafa’ al –Rasyidin
·         Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi. Kemunculan persenjataan dan peralatan perang yang lebih efektif.
·         Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, parsi, Romawi.
Zaman Kerajaan Ummah
·         Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.
·         Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat peperangan dan pertanian
Zaman Kerajaan Abbasiyyah
·         Munculnya Pusat Sains Islam di Baghda.
·         Munculnya Baitul Hikmah (Gedung Kebijaksanaan) dalam kegiatan sains dan teknologi
·         Munculnya cendekiawan muslim yang ramai.
·         Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital
Zaman Kerajaan Islam di Andalus.
·         Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada dan Seville.
·         Sains teknologi dan kejuteraan bertambah meluas dan berimpak tinngi.

1.6.5     SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN    

TOKOH ISLAM DAN SUBANGAN MEREKA

1.  Al-Razi
Nama :Zakaria al-Razi
Gelaran  (Barat) : Rhazes.
Tempat Kelahiran : Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.
Tokoh : Perubatan dalam Islam,  Ahli biologi, fizik dan kimia
Karya : Kitab al –Hawi (penyakit campak dan cacar), kitab Tib al-Mansur  dan kitab al-               Tab al-Ruhani.


2.    Al- Khawarizmi
Gelaran : Bapa al-Jabar
Tokoh : Matematik dan Algebra
Karya : al- Jami Wa al-Jabar dan kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wa al- Muqabalah.
Sumbangan : Memperkenalkan bidang Geometri, komsep Algebra, bidang mekanikal (menetukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian), dan bidang astronomi (membuat jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan nama Zij )

3.     Ibn Sina
Nama : Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina
Gelaran (Barat) : Avicenna  
Tempat Kelahiran : Ashfara berhampiran dengan bandar Bukhara.
Tokoh : Tokoh Perubatan Agung dalam dunia islam dan juga di Barat dengan nama al-Sheikh al-Rais atau  Prince of Physicians.
Karya : Qanun fi al-Tibb (Cannon of Medicine) yang mengandungi lima buah buku dan merupakan Ensklopedia Perubatan
Sumbangan : Menganalisa pelbagai jenis penyakit dan telah menjadi doktor kepada beberapa orang khalifah Gurgan, Hamadan dan Isfahan. Orang yang pertama menemui ubat bius.

4.    Al-Zahrawi
Nama : Abu Qasim al Zahrawi
Gelaran (Barat) : Abu Casis
Tokoh : Pembedahan (pakar bedah)
Karya : Kitab al-Tasrif
Sumbangan : Berkhidmat sebagai doktor di Istana al-Hakam II, penyedian dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya, Liber Servitoris. Mencipta teknik  pembedahan dan mencipta alat pembedahan.

5.     Al-Battani
Nama : Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani
Gelaran (Barat) : Albategannius
Tempat Kelahiran : Battan
Tokoh : Matematik dan Astronomi
Karya : Kitab al- Zij  (membetulkan kesilapan dalam takwim)
Sumbangan : Memperkenalkan teori kotangan, sinus, dan kosinus dan menghasilkan sifar kotangen. Mengemukkan kaedah penggiraan astronomi secara trigonometri. Memulakan pencerapan terhadap bintang.
Kejayaan : Menyiapkan jadual gerhana matahari

6.     Ab Rahman al-Sufi
Tokoh : Bidang astronomi (orang pertama menulis mengenai astronomi)
Kejayaan : Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang dan memperkenalkan nama-nama bintang


7.    Jabir Ibn Hayyan
Gelaran (Barat) : Geber (Bapa Kimia Arab)
Tempat kelahiran : Kufah
Tokoh : Tokoh Kimia Islam
Sumbangan : Mengetengahkan teori kimia mengenai logam, pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan. Mencipta peralatan bagi kaedah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan di gunakan di eropah, iaitu alkali, antimoni, alembik dan alchemy.
Karya : kitab Ustuqus al’ As al-Awwal ila al-Baramikah, tafsir al-ustiqus al-Wahid al-Kabir, Al-Rukn

8.    Yaqub Ibni Ishaq al-Kindi
Nama : Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi
Tempat Kelahiran : Kufah 
Kepakaran : Bidang astronomi, falsafah, matematik, fizik khususnya geometri, muzik dan sainstis.

9.     Abu Al-Nasr al-Farabi
Tempat Kelahiran : Perkampungan Farab, Turkistan dan berketurunan Farsi
Kepakaran : Bidang sains, falsafah, mantik, sosiologi, perubatan, matematik, dan muzik

10. Abu Raihan al-Biruni
Nama : Abu Raihan al-Biruni
Tempat Kelahiran : Luar Kota Khawarazm, bandar Khiva
Tokoh : astronomi
Karya : Al- Athar al-Baqiy’ah , Al-Hind, dan Al-Tafhimim


TOKOH-TOKOH KEJURUTERAAN DALAM ISLAM YANG LAIN

1.  Al-Jazari Dan Taqi al-Din
Mereka berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya dalam kitab kitab karangan mereka. Shaduf ialah alat mengangkut air bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain lain. Mesin yang telah ciptan telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Taqi Aldin menerangkan dalam kitabnya mengenai penggunaan alat mengepam air menggunakan roda berskop.

2.  Banu Musa

ialah gelaran untuk tiga orang ahli matematik Islam pada zaman pemerintahan Khalifah al Ma’mun. Beliau menciptakan mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Alat ini digunakan untuk  memesin jagung menghancurkan gula dan mengepam air. Beliau berjaya mencipta bekas automatik yang boleh mengisi bejananya(bekas air) sendiri.

1.6.6     Sumbangan Sains Teknologi  dan
Kejuruteruteraan kepada Institusi Intelektual Islam

 Universiti  dan institusi pendidikan
Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Universiti AL- Azhar, universiti di Andalus, contohnya Universiti  Granada, universiti Cordova dan Universiti Seville.

Perpustakaan
Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad.Hasil sumbangannya, lahirlah golongan penterjemah yang mahir, agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan ilmu yang berkualiti dan berjaya dan berjaya menghidupkan budaya ilmu.

Hospital
Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan, rawatan serta pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran . Institusi ini berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutamanya dalam aspek spiritual pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit. Insitusi ini memperkenal pembedahan untuk penyakit penyakit tertentu. Antara funsinya adalah dapat menginstitusikan pusat rawatan seperti hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan. Selain itu, etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur dapat diperkenalkan.

Balai cerap
Balai cerap berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data. Pusat ini berjaya menggabungkan pelbagai disilipan ilmu dan pengkajian ilmu.
Balai cerap juga berfungsi menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data yang kurang dalam tamadun silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrumen dan cerapan untuk mengisahkan teori

Kejuruteraan awam
Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang seni bina. Ia berjaya menonjolkan teknologi dalam seni bina Islam yang menggagumkan.

Teknologi Kejuruteraan jalan raya dan jambatan
Dalam bidang ini, pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran amat dikagumi pada kurun ke-12M. Keistimewaannya ialah jambatan ini mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.
Kejuruteraan hidrologi
Pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.
Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah di bina disekeliling Isfahan dengan mengalirkan air dari Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan.



Rumusan

Islam merupakan sistem hidup yang berperanan mengurus alam dan segala keperluan makhluk berdasarkan panduan syariat melalui amalan terbaik daripada Nabi Muhammad SAW. Asas bagi segala kemajuan berdasarkan sain teknologi dan kejuruteraan adalah membawa kebaikan, menolak kejahatan serta kepayahan dan nilai tambahan kepada kualiti kehidupan manusia. Segalanya menjurus kepada mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Kejayaan para sarjana islam pada masa lampau dalam pelbagai bidang adalah kerana Islam menganjurkan umatnya meneroka alam untuk memakmurkan tadbir urus kehidupan manusia bagi membina kebahgian di dunia dan akhirat.   

Rujukan
1)     Buku Sains Teknologi dan Kejuriteraan dalam Islam , Siri Politeknik , Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman.
2)     Al-Quran  Al-Karim, Karya Bestari
3)     Siti Rabeah bt Hassan, Tenaga Pengajar Maahad Johor .

Nabi Adam a.s merupakan nabi dan manusia pertama bergelar khalifah ALLAH SWT. Baginda di ciptakan setelah ALLAH menjadikan dunia. Pada ketika itu, nabi Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah ALLAH mengerjakan ilmu melalui perantaraan malaikat Jibril a.s..Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah :






1 comment:

  1. Dengan belajar kisah nabi dan rosul memang menjadi pengingat hidup https://unair.ac.id/post_fetcher/fakultas-sains-teknologi-kiswah-dengan-tema-belajar-mengelola-hati-dan-mental/

    ReplyDelete